Mengingati Allah dengan
hati, lisan dan perbuatan
Tuesday, June 25, 2019
Kerugian orang yang tidak melakukan sunah Rasulullah s.a.w
a. Tidak berpeluang
menerima syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
b. Merosakkan iman
seseorang
c. Tidak berpegang
dengan sunah Rasulullah bererti tidak berpegang dengan ajaran Allah.
d. Terhapus pahala atas
kebaikan yang dilakukannya.
Adab berzikir :
- Menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksudnya
- Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
- Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam nas al-Qur’an atau as-Sunah
- Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
- Menggunakan suara perlahan
- Perbanyakkan zikir ketika suasana genting
- Berzikir menggunakan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
- Tidak berzikir semasa qadak hajat
Sebab perlu beradab ketika berzikir
a. Tidak mengganggu
orang lain
b. Untuk mencapai kesempurnaan
ibadah
c. Selaras dengan sunah
Rasulullah s.a.w
d. Supaya diterima oleh
Allah SWT e. Berdisiplin dalam beribadah
Hikmah beradab ketika berzikir
a. Dikasihi oleh Allah
b. Mendapat ketenangan
jiwa
c. Mendidik jiwa supaya
sentiasa ingatkan Allah
d. Mendapat pahala
Kerugian orang yang tidak berzikir
- Terdedah kepada perkara yang dimurkai Allah kerana mudah dikuasai oleh syaitan dan sukar mengawal nafsu
- Lupa kepada tanggung jawab terhadap agama
- Berada dalam keadaan gelisah
Subscribe to:
Posts (Atom)