Tuesday, June 25, 2019

Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w


Bagi menunjukkan rasa kasih kepada Baginda.
Untuk memberi ucapan selamat bagi menghormati Baginda.

 Antara adabnya :
berselawat dengan suara yang sederhana tidak terlalu nyaring.

Tawadhuk dan bersopan santun


Dilarang meninggikan suara ketika hayat Baginda
Setelah wafat kita hendaklah tawadhuk dan bersopan ketika hadis Rasulullah s.a.w dibacakan

Menziarahi maqam Rasulullah s.a.w


Semasa menunaikan ibadah haji atau umrah, kita disunatkan menziarahi maqam
Baginda yang terletak di Masjid Nabawi di Madinah
Maksud hadis : “Sesiapa yang menziarahi aku selepas kewafatanku seolah-olah dia menziarahiku semasa hidupku”

Mengasihi para Sahabat Baginda


Sahabat Rasulullah :
  • Mereka yang memeluk Islam dan sempat  berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika hayatnya walaupun seketika dan meninggal dunia dalam keadaan beragama Islam.
  •  Kita tidak boleh mencaci atau memandang rendah pendapat mereka.
  • Kita  mengasihi para Sahabat Baginda

                      -Mereka mendapat didikan secara                           langsung daripada Rasulullah
                     -Mereka mencintai Rasulullah                                   melebihi cintakan diri sendiri

Beriltizam dengan sunah Rasulullah s.a.w


  • Kita dikehendaki mengikut segala sunah, sama ada perbuatan, perkataan, hukum, sikap dan pandangan Rasulullah s.a.w.
  • Kita hendaklah memastikan setiap amalan kita selari dengan ajaran Islam untuk mengelakkan daripada ditolak amalan kita.


Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w


a. Tidak mentaati perintah Rasulullah s.a.w
b. Bercakap-cakap atau berbuat bising semasa menziarahi maqam Baginda
c. Tidak mengucapkan selawat ketika nama Baginda disebut
d. Tidak menghormati Sahabat Baginda

Hikmah beradab dengan Rasulullah s.a.w


a. Orang yang mengasihi Rasulullah s.a.w akan dikasihi Allah
b. Orang yang mengamalkan sunahnya akan mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan keredaan Allah di akhirat
c. Beradab kepada Rasul mendorong kita mengamalkan sunahnya.
d. Melahirkan insan beradab sesama makhluk
e. Mendapat rahmat dan keampunan Allah.