Tuesday, June 25, 2019

Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w


Bagi menunjukkan rasa kasih kepada Baginda.
Untuk memberi ucapan selamat bagi menghormati Baginda.

 Antara adabnya :
berselawat dengan suara yang sederhana tidak terlalu nyaring.

Tawadhuk dan bersopan santun


Dilarang meninggikan suara ketika hayat Baginda
Setelah wafat kita hendaklah tawadhuk dan bersopan ketika hadis Rasulullah s.a.w dibacakan

Menziarahi maqam Rasulullah s.a.w


Semasa menunaikan ibadah haji atau umrah, kita disunatkan menziarahi maqam
Baginda yang terletak di Masjid Nabawi di Madinah
Maksud hadis : “Sesiapa yang menziarahi aku selepas kewafatanku seolah-olah dia menziarahiku semasa hidupku”

Mengasihi para Sahabat Baginda


Sahabat Rasulullah :
  • Mereka yang memeluk Islam dan sempat  berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika hayatnya walaupun seketika dan meninggal dunia dalam keadaan beragama Islam.
  •  Kita tidak boleh mencaci atau memandang rendah pendapat mereka.
  • Kita  mengasihi para Sahabat Baginda

                      -Mereka mendapat didikan secara                           langsung daripada Rasulullah
                     -Mereka mencintai Rasulullah                                   melebihi cintakan diri sendiri

Beriltizam dengan sunah Rasulullah s.a.w


  • Kita dikehendaki mengikut segala sunah, sama ada perbuatan, perkataan, hukum, sikap dan pandangan Rasulullah s.a.w.
  • Kita hendaklah memastikan setiap amalan kita selari dengan ajaran Islam untuk mengelakkan daripada ditolak amalan kita.


Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w


a. Tidak mentaati perintah Rasulullah s.a.w
b. Bercakap-cakap atau berbuat bising semasa menziarahi maqam Baginda
c. Tidak mengucapkan selawat ketika nama Baginda disebut
d. Tidak menghormati Sahabat Baginda

Hikmah beradab dengan Rasulullah s.a.w


a. Orang yang mengasihi Rasulullah s.a.w akan dikasihi Allah
b. Orang yang mengamalkan sunahnya akan mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan keredaan Allah di akhirat
c. Beradab kepada Rasul mendorong kita mengamalkan sunahnya.
d. Melahirkan insan beradab sesama makhluk
e. Mendapat rahmat dan keampunan Allah.

Definisi berzikir : 270



Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan

Kerugian orang yang tidak melakukan sunah Rasulullah s.a.w


a. Tidak berpeluang menerima syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
b. Merosakkan iman seseorang
c. Tidak berpegang dengan sunah Rasulullah bererti tidak berpegang dengan ajaran Allah.
d. Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukannya.

Adab berzikir :


  • Menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksudnya
  • Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas
  • Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam nas al-Qur’an atau as-Sunah
  • Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
  • Menggunakan suara perlahan
  • Perbanyakkan zikir ketika suasana genting
  • Berzikir menggunakan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
  • Tidak berzikir semasa qadak hajat


Sebab perlu beradab ketika berzikir


a. Tidak mengganggu orang lain
b. Untuk mencapai kesempurnaan ibadah
c. Selaras dengan sunah Rasulullah s.a.w
d. Supaya diterima oleh Allah SWT e. Berdisiplin dalam beribadah

Hikmah beradab ketika berzikir


a. Dikasihi oleh Allah
b. Mendapat ketenangan jiwa
c. Mendidik jiwa supaya sentiasa ingatkan Allah
d. Mendapat pahala

Kerugian orang yang tidak berzikir


  • Terdedah kepada perkara yang dimurkai Allah kerana mudah dikuasai oleh syaitan dan sukar mengawal nafsu
  • Lupa kepada tanggung jawab terhadap agama
  • Berada dalam keadaan gelisah